Wednesday, 29 May 2013

SPIRULINA

Spirulina adalah sejenis rumpai laut berwarna biru kehijauan dan telah digunakan sejak berkurun lamanya sebagai sumber pemakanan kesihatan dan perawatan disemua peringkat umur. Sumber anti toksid yang tinggi yang terdapat dalam spirulina amat sesuai dijadikan amalan harian untuk masyarakat masa kini yang terdedah kepada makanan dan minuman yang mengandungi toksid yang menurunkan imunisasi dan menyebabkan penyakit seperti kanser , sakit jantung dan lemah tubuh badan , kerosakan ginjal dan sebagainya.
Kajian di sebahagian negara membangun dan maju menunjukkan 60% penyebab kematian adalah disebabkan oleh kualiti makanan dan minuman yang rendah dan dipenuhi dengan kandungan toksid berbahaya. ketiadaan dinding selulos merupakan ciri spirulina yang unik membolehkan ia begitu mudah diserap dalam tubuh badan dan amat sesuai untuk mereka yang telah lanjut usia.

kelebihan spirulina adalah seperti berikut :

  • bertindak sebagai anti virus
  • menurunkan kadar kolesterol 
  • memperbaiki sistem hati sebagai penyaring lemak dan toksid
  • menurunkan risiko kanser
  • menaikkan imunisasi tubuh
  • meneutralkan keracunan pada ginjal
  • meningkatkan pertumbuhan lactobacillus yang terdapat dalam usus yang membantu proses pencernaan
  • mempercepatkan penyembuhan luka luar dan dalam
  • mengatasi masalah kekurangan zat dan mineral
  • membantu mereka yang sering terdedah pada radiasi
  • mengatasi kelemahan tubuh badan pada penderita kencing manis
  • bahan penganti khusus kepada kanak-kanak yang tidak suka kepada sayuran hijau yang penting untuk tumbesaran
Zat dan mineral yang terdapat pada spirulina
  • beta karotin untuk menguatkan penglihatan
  • vitamin B 12 yang membantu membentuk sel darah merah dalam sum-sum
  • Zat besi untuk membantu menguatkan sel darah merah dalam sistem pertahanan tubuh
  • klorofil bagi membantu meningkatkan proses penyingkiran racun bertindak sebagai anti penuaan
  • karotenoids yang bertindak sebagai fungsi anti oksidan dan anti kanser dalam tubuh

No comments:

Post a Comment