Omega-3 merupakan sejenis asid lemak (fatty acid), iaitu nutrien yang sangat penting untuk otak dan mata. Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia, pengambilan Omega-3 dikalangan rakyat malaysia adalah rendah. Ada dua elemen yang terkandung di dalam Omega-3 iaitu DHA dan EPA.
Apa tu DHA?
DHA, atau nama panjangnya Docosa Hexaenoic Acid yang merupakan asid lemak (fatty acid) yang sangat diperlukan oleh badan. Walau bagaimanapun, badan hanya mengeluarkan sedikit sahaja fatty acid dan selebihnya diperolehi dari sumber pemakanan harian kita. Seperti contoh, seorang bayi mendapat DHA dari susu ibunya. Selain dari itu, kita juga boleh mendapat sumber DHA dari ikan laut, seperti ikan salmon dan ikan kod, ikan sardin dan mackerel (bukan di dalam tin), ikan bilis dan juga ikan tuna. Telur dan daging juga tinggi dengan DHA.
Kenapa DHA penting?
60% dari otak kita terdiri daripada lemak yang diperbuat daripada DHA. Jadi kita memerlukan lemak untuk membantu perkembangan otak yang sihat. Mesti anda biasa melihat iklan susu formula di tv yang menyatakan betapa pentingnya DHA kepada perkembangan otak anak anda kan?
Apa kebaikan/fungsi DHA?
- Pertumbuhan otak yang cergas. Ada kajian menunjukkan jika DHA diambil oleh ibu mengandung dan kanak-kanak yang sedang membesar, ia boleh membantu dalam proses pembelajaran dan mungkin lebih bijak.
- Pertumbuhan retina mata (penglihatan) yang baik.
- Pertumbuhan saraf-saraf (nerves) yang baik.
- Mencegah radang sendi.
- Mencegah asma.
- Meningkatkan daya seks.
- Bertindak sebagai anti-kanser yang mencegah kanser payudara, usus, pankreas dan prostat.
- Mengelak penyakit kulit.
- Mengurangkan migrain.
- Mengurangkan rasa kebas dan kesejukkan pada anggota badan.
Satu elemen lagi yang membentuk omega-3 ialah EPA.
Apa pula EPA tu?
EPA, atau nama panjangnya Eicosa Pentanoic Acid. Gabungan EPA dan DHA yang membentuk Omega-3, mempunyai kebaikan seperti:
- Mencegah kanser (terutamanya payudara dan prostat).
- Mencegah darah beku.
- Menghindar pembekuan lemak dalam darah.
- Mengawal paras kolesterol.
- Mengurangkan risiko serangan sakit jantung.
- Mengurangkan stress/ memberi mood yang stabil.
- Mengawal tekanan darah tinggi sekaligus risiko strok.
- Mengurangkan risiko penyakit Alzheimer (nyanyuk).
Banyak bukan kelebihan yang terkandung dalam Omega-3 Fish Oil? Jadi mulalah mengambil Omega-3 sekarang dalam rutin harian anda, kerana selain dari mengurangkan risiko penyakit di atas, ia juga insyaAllah dapat memperbaiki kesihatan anda :)
No comments:
Post a Comment