Minyak Kelapa Dara (MKD) atau Virgin Coconut Oil
adalah sejenis minyak hasil pengolahan minyak kelapa biasa.Minyak kelapa yang dihasilkan lebih bermutu dengan memiliki kadar air dan kandungan asid lemak bebas yang lebih rendah, masing-masingnya hanya 0.02% dan 0.02- 0.03%, berwarna jernih (color less/white color) serta berbau harum. Daya simpannya pun menjadi lebih lama, sekitar 12 bulan. Selain itu, minyak ini tidak mengandungi kolesterol dan asid lauratnya diubah menjadi monolaurin sehingga bersifat anti-virus.
Perbezaan MKD Dengan Minyak Kelapa Biasa
MKD diproses tanpa menggunakan sebarang haba atau bahan Kimia. Ini menyebabkan struktur dalaman asal MKD terpelihara dan dapat mengekalkan sifat-sifat anti-virus dan anti-bakterianya. Untuk memproses minyak kelapa biasa secara komersial dan meluas, haba dan kimia digunakan menyebabkan struktur dalamannya terganggu dan berubah. Ini mungkin boleh memudaratkan seperti meningkatkan kolesterol. Oleh kerana MKD amat rumit untuk dihasilkan, ia hampir tidak wujud di dalam pasaran minyak makan.
Kelebihan MKD
- Pembasmi Kuman Semulajadi.
- Pemangkin Kadar Metabolisma Badan.
Kegunaan MKD Dalam Perubatan
- HIV - Penelitian terhadap penderita HIV menunjukkan bahawa pemberian MKD dapat merawat HIV. Asid laurat yang terdapat di dalam MKD telah diubah kepada Monolaurin merupakan suatu bentuk sebatian kimia Monogliserida. Sebatian ini bersifat sebagai anti-virus, anti-bakteria, dan anti-kulat. Monolaurin dapat merosak Membran Lipid (lapisan pembungkus virus) di antaranya virus HIV. Selain itu, MKD juga telah dicuba kepada penderita sindrom pernafasan akut atau SARS.
- Kanser - Di dalam tubuh manusia terdapat sel-sel kanser. Namun, tidak semua orang akan diserang kanser. Sistem kekebalan tubuh perlu diperbaiki iaitu dengan mengambil minyak kelapa supaya terhindar dari risiko diserang kanser.
- Liver (Hati) - Salah satu peradangan pada hati ialah hepatitis. Hepatitis ada tiga jenis, iaitu hepatitis A, B dan C. Semuanya disebabkan oleh infeksi virus. MKD dengan kandungan MCFA dapat mencegah dan mengatasi infeksi virus. .
- Osteoporosis - Mengambil MKD dapat membantu mempertahankan keseimbangan hormon yang menyihatkan tulang. Dengan pengambilan minyak ini, maka proses degeneratif akan diperlambatkan dengan cara memperbaiki penyerapan mineral, melindungi tulang dari radikal bebas dan mempertahankan keseimbangan hormon.
- Diabetes - Bagi MKD, ia mengurangkan tekanan terhadap pankreas untuk menghasilkan enzim serta membantu dalam perembesan insulin secara sempurna. Secara kesimpulannya, ia membantu menstabilkan paras glukosa dalam darah dan seterusnya mengelakkan penyakit diabetes.
- Penyakit Jantung - Ia disebabkan oleh pengerasan pembuluh darah. Pengerasan ini diakibatkan oleh pengumpulan kolesterol dan protein dalam bentuk plak. MKD bertindak sebagai antioksidan yang dapat meneutralkan radikal bebas sehingga tidak membahayakan tubuh.
- Obesiti - Lemak tepu rantai sederhana yang ada dalam minyak kelapa murni sangat perlu untuk mengawal berat badan. Dengan mengambil MKD, masalah obesiti akan dapat diatasi kerana asid lemak tepu berantai pendek yang ada dalam minyak ini akan langsung dibakar oleh tubuh untuk menghasilkan tenaga.
Kegunaan MKD Dalam Kosmetik
- Perawatan Kulit - Tisu konektif merupakan jaringan tisu yang paling banyak di dalam tubuh dan ia terdiri dari serat yang kuat untuk membentuk kerangka pendukung tubuh dan menyatukan semua jaringan. Ini dapat menguatkan kulit dan elastis. Namun, pada umur tua, jaringan konektif mengalami kerosakan, menyebabkan kulit pun mengendur dan mulai berkerut. Dengan menggunakan MKD sebagai losen, ia mampu mencegah kerosakan jaringan dan memberi perlindungan terhadapnya serta menjadikan kulit lebih kuat dan bersifat elastik. la juga mampu mencegah tompok hitam di kulit dan melindungi kulit dari cahaya matahari.
- Perawatan Rambut - Minyak kelapa dapat melindungi rambut dari kusam dan memperbaikinya bila terjadi kerosakan. Selain itu, ia juga boleh dijadikan syampu perapi (hair conditioner) untuk merawat kelemumur.
No comments:
Post a Comment