Tuesday, 28 May 2013


ROCK SALT ( GARAM BUKIT )
                                                  


Garam bukit adalah antara anugerah Tuhan yg paling berharga. Bukan sahaja menambah keenakan makanan malah mempunyai manfaat yang besar untuk kecantikan dan kesihatan. Ia berasal daripada sumber alam semulajadi iaitu dari pergunungan Himalaya. 

Garam bukit wujud dengan semulajadinya sejak jutaan tahun yg lalu dan merupakan sumber yang bersih dan bebas dari sebarang pencemaran. Amat menakjubkan, garam bukit asli mengandungi 84 elemen natural yg diperlukan oleh tubuh manusia. Antaranya ialah hidrogen, karbon, nitrogen, oksigen, sodium, magnesium, aluminium dan kalsium.

KHASIAT GARAM BUKIT:
  1. Meningkatkan aura dan potensi diri
  2. Membantu merawat masalah jerawat
  3. Dikatakan mampu menghilangkan parut
  4. Membuang toksin dalam badan
  5. Menanggalkan sel kulit mati
  6. Merawat pelbagai masalah kulit khususnya kegatalan
  7. Melembut dan mengekalkan kecantikan kulit secara semulajadi
  8. Mencerahkan kulit dan mengembalikan keremajaan kulit
  9. Ia sesuai utk semua lapisan umur dan tidak mempunyai kesan sampingan
                                                             
KAEDAH RAWATAN:

Garam bukit dijadikan pelbagai produk kecantikan dan kesihatan. Kesemua produk ini digunakan secara meluas di spa untuk merawat tubuh dan wajah. Antara yang popular adalah:
  • Sabun - Sabun garam bukit digunakan di spa untuk membersih dan membantu merawat pelbagai masalah kulit seperti jerawat dan alahan. Produk ini juga boleh digunakan secara rutin oleh pelanggan di rumah kerana ia mudah didapati di pasaran.
  • Skrub - Selain itu, skrub menggunakan garam bukit dikatakan dapat membuang sel kulit mati dan menghaluskan kulit.
  • Rendaman kaki - Garam bukit boleh dijadikan air rendaman kaki. Ia dapat melancarkan peredaran darah dan membuang toksin. Dalam masa yg sama, amalan ini dapat meredakan tekanan. Rendaman boleh dilakukan antara 15 hingga 30 minit.
  • Lampu garam - Untuk memberi ketenangan dan sebagai terapi, lampu garam diletakkan di rumah terutama bilik tidur. Energi yang terdapat pada garam ini mewujudkan persekitaran yang positif.
  • Mandian - Anugerah istimewa ini juga boleh dijadikan air mandian. Ia dipercayai dapat menaikkan seri wajah dan membunuh bakteria.



                            

No comments:

Post a Comment