Tuesday, 18 June 2013

Mandian Sari Timun dengan Susu Kambing

Mandian Sari Timun



- kandungan utama - susu kambing, ekstrak timun.
- Ekstrak timun mempunyai pH yang sama seperti kandungan pH kulit manusia dan aroma timun memberi kesan kesegaran pada tubuh.
- Susu kambing mengandungi enzim dan vitamin untuk mengekalkan kesihatan dan kecantikan kulit.
- sesuai untuk semua jenis kulit.
- penggunaan berterusan menjadikan kulit lembut dan segar, cerah dan berseri.

Timun yang juga dikenali sebagai mentimun atau nama saintifiknya Cucumis sativus, mengandungi 0.65% protein, 0.1% lemak dan karbohidrat sebanyak 2.2%. Selain itu timun juga mengandungi kalsium, zat besi, magnesium, fosforus, vitamin A, vitamin B1, vitamin B2 dan vitamin C.

Selain itu, perahan airnya juga boleh merawat kudis. Untuk mendptkan kesan mujarab, perahan timun boleh dicampur dgn jus lobak & salad.Parutan timun juga boleh digunakan utk rawatan kecantikan spt masalah jerawat. Campur parutan timun dgn kuning telur. Kacau sebati & sapu pd seluruh muka. Biar 15-20 minit, kemudian bilas dgn air bersih. Lakukan selalu supaya jerawat cepat kering. 

* Selain itu timun juga dpt menghilangkan masalah bau badan. Ambil sebiji timun muda & kupas kulitnya. Cuci & gosokkan pd bahagian badan yg sering berpeluh. Lakukan selalu samada semasa mandi ataupun selepas mandi. 

Kulit muka yg kasar juga boleh dirawat dgn menggunakan timun. Caranya,parut timun & ambil air perahan timun & gaul dgn tepung jagung. Sapu ke seluruh muka pd setiap mlm sebelum tidur. 

Kita juga boleh mengatasi masalah panas badan dgn timun. Kikis sebiji timun dgn menggunakan garpu supaya berjurai. Boleh juga dikisar sehingga halus. Buat sbg bahan minuman dgn mencampurkannya bersama gula & garam. Kacau hingga sebati & simpan dlm peti sejuk. Kemudian minum setiap pagi,petang & malam.



No comments:

Post a Comment