Friday, 7 June 2013

GRAPSEED OIL ( MINYAK BIJI ANGGUR)







Pakar-pakar kesihatan & kecantikan seluruh dunia mengesyorkan kita mengamalkan garpeseed oil untuk merawat penyakit , melicinkan kulit , melebatkan rambut , menghilangkan kedutan pada kulit, mengurangkan tahap kolesterol & bermacam -macam manfaat lain

kandungan utama biji anggur :

Monounsaturated fats 
  • Minyak biji anggur tidak mengandungi protein atau karbohidrat.
  • Merujuk US Department of Agriculture's Nutrient Database, setiap 1 sudu besar grapeseed oil mengandungi 2.19g monounsaturated fat atau orang kita panggil lemak mono tak tepu.
  • Mengikut kajian Harvard School of Public Health, lemak mono tak tepu ini merupakan lemak sihat yg boleh mengurangkan risiko serangan penyakit jantung.
Polyunsaturated fats
  • Makna dia lemak poli tak tepu, juga dikenali sebagai lemak sihat.
  • Setiap 1 sudu besar minyak biji anggur mengandungi 9.5g lemak poli tak tepu. Apa kebaikan polyunsaturated fats ini? Ye, pengambilan lemak poli tak tepu pada kadar sederhana mampu menurunkan paras kolesterol dlm darah & mengurangkan tekanan darah tinggi.
  • Sebahagian lemak poli tak tepu tidak dihasilkan oleh tubuh kita sendiri, maka amat penting kita menambah pengambilan lemak jenis ini melalui sumber pemakanan harian, contohnya minyak biji anggur, clear? good..
Saturated fats
  • Ini dia lemak tepu.
  • Mengambil makanan yg tinggi lemak tepu akan meningkatkan paras LDL (low density lipoproteins) atau 'kolesterol jahat' yg akhirnya akan menyempitkan saluran darah & mengakibatkan timbulnya penyakit kardiovascular (serangan jantung). 
  • Setiap 1 sudu besar minyak biji anggur hanya mengandungi 1.306g lemak tepu. Lihat, kandungan lamak mono & poli tak tepu dlm grseed oil jauh lebih tinggi berbanding lemak tepu, maka usaha u all menggunakan minyak biji anggur adalah pilhan yg bijak!
Phytosterols 
  • USDA mencatatkan setiap 1 sudu besar grapeseed oil mengandungi 24mg phytosterols
  • Pystosterols merupakan komponen asas tumbuhan yg membantu usus menapis kolesterol dari makanan yg diambil, ini bermakna secara tak langsung ia turut mengurangkan paras kolesterol jahat dlm darah. 
  • Menurut kajian Washington University School of Medicine 2010,phytosterols yg ditemui dlm ekstrak biji anggur mampu mempercepatkan proses metabolisma kolesterol. Maksud ia menyingkirkan lebihan kolesterol dr makanan & mengurangkan kadar serapan kolesterol ke dlm usus. 
kelebihan minyak biji anggur dalam kecantikan

Memutihkan Gigi
buah anggur yang sudah matang dapat dijadikan sebagai salah satu menu kudapan untuk anda yang ingin memutihkan gigi. Asam malat yang terkandung dalam buah anggur secara alami akan menghapuskan noda pada gigi serta mengatasi perubahan warna pada gigi.

mencantikan kuku 
'scrub' anggur yang kaya dengan antioksida dapat melembutkan kulit kuku dan menghilangkan bintik kuku yang menggangu.
campurkan 10 anggur merah dengan dua sendok makan gula pasir ke dalam 'food processor'.gunakan campuran tersebut untuk mengilat kuku-kuku anda. setelah selesai bersihkan campuran tersebut dengan menggunakan kain / tuala basah.

menghilangkan kerut di wajah
untuk menghilangkan kerutan pada wajah, minyak biji anggur dapat menjadi penyelesaian. caranya dengan menyapukan sedikit di bahagian muka yang berkerut sebelum tidur. minyak biji anggur kaya dengan antioksidan dan asam lemak esensial yang dapat membuat wajah anda nampak awet muda.

mencerahkan kulit wajah
ambil 1-2 buah anggur yang telah dikupas kulitnya lalu remas dengan tangan. campurkan dengan madu (2 -3 titis ), kemudian sapukan ke muka yang bersih. biarkan selama 15 minit , lalu bilas dengan menggunakan air biasa.

melembabkan wajah
untuk melembabkan wajah , iris buah anggur menjadi 2 bahagian lalu sapukan pada muka dan diamkan selama 15 minit. kemudian bilas dengan air biasa . anda boleh melakukan rawatan ini 2 kali sehari , pagi atau malam sebelum tidur.

menghilangkan bintik hitam / bekas jerawat
masker anggur untuk wajah dapat untuk menghilangkan bintik hitam aatau bekas jerawat di muka. selain itu ia juga dapat membuat wajah menjadi lebih bersinar dan lembab malah bebas dari pengaruh bahan kimia berbahaya yang umumnya ada pada produk pembersih wajah.
iris buah anggur menjadi dua bahagian lalu oleskan pada wajah dan biarkan selama 30 minit.setelah kering dan lembab lakukan urutan pada wajah perlahan-lahan dengan tangan yang bersih. setelah itu bilas dengan air yang bersih. lakukan cara ini tiga kali seminggu selama sebulan.

Admin : halagel sarawak






 

No comments:

Post a Comment